UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian

Program Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian merupakan satu program yang dirumus sebagai suatu usaha untuk menghasilkan graduan yang terlatih dalam bidang Sains Matematik yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran mereka bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Program yang menerapkan ilmu matematik dan juga konsep-konsep berkaitan dalam pelbagai bidang tumpuan seperti pengkomputeran, pengoptimuman, geometri, sains fizikal dan sebagainya. Pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai kaedah matematik terkini dan juga pengaturcaraan komputer. Selain itu, program ini juga melatih pelajar untuk berfikir secara logik, tersusun dan tepat dan seterusnya membantu mereka dalam mencari penyelesaian yang efektif dalam bidang berkaitan.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Aljabar Linear, Aljabar Moden, Analisis Berangka, Analisis Nyata, Kaedah Matematik Gunaan, Kalkulus, Kalkulus Vektor, Komputeran Saintifik, Pemikiran Sistematik & Pengaturcaraan, Pengoptimuman, Penyelidikan Operasi dengan SAS, Persamaan Pembezaan Biasa, Prinsip Pemodelan Matematik, Statistik.

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik T di peringkat STPM.


LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Matrikulasi / Asasi.


LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;


ATAU


Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Penganalisis Data
• Penganalisis Ramalan
• Guru Matematik / Pensyarah
• Pengurus Sistem Komputer
• Arkitek Data
• Jurutera Operasi Syarikat
• Pegawai IT
• Pegawai Meteorologi
• Pegawai Tadbir Diplomatik

MAKLUMAT LANJUT
Dr. Shalela binti Mohd Mahali
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian
09-6683976/3374
[email protected]
www.fskm.umt.edu.my