UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian

Teknologi Maritim merupakan bidang yang memfokuskan pengajian kepada penggunaan teknologi, operasi, proses dan sistem yang digunakan dalam sektor industri maritim. Program ini dirangka khas untuk melahirkan graduan yang akan mengembangkan ilmu, menyumbang kepakaran untuk berkhidmat dan menerajui syarikat perkapalan, limbungan, pembinaan kapal dan agensi kerajaan berkaitan industri maritim di dalam dan di luar negara.

TEMPOH PENGAJIAN

8 Semester
4 Tahun

Elektronik dan Instrumentasi Marin, Falsafah dan Isu Semasa, Fizik Asas, Kejuruteraan Bahan, Kekuatan Bahan, Kuasa Bendalir Marin, Makmal Teknologi Marin, Matematik Kejuruteraan, Mekanik Bendalir, Mekanik Dinamik, Mekanik Kejuruteraan, Meteorologi, Pengaturcaraan Asas, Prinsip Kepelautan dan Navigasi, Prinsip Pengurusan Maritim, Reka Bentuk dan Grafik, Senibina dan Pembinaan Kapal, Sistem Kejuruteraan Marin, Teknologi Perkapalan dan Pelabuhan, Termodinamik

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM.
• Matematik T / Fizik

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Matematik M / Perakaunan / Ekonomi / Pengajian
Perniagaan / Seni Visual / Sains Sukan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Matematik / Matematik Tambahan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Sains Komputer

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi :
Matematik / Fizik / Asas Kejuruteraan / Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Kejuruteraan Awam

LEPASAN STAM
Mendapat sekurang-kurangnya JAYYID pada peringkat STAM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Matematik / Matematik Tambahan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM :
• Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Sains Komputer

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma / Setaraf, mendapat sekurang kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)
Mempunyai kelulusan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diperakukan oleh Senat Universiti dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50

Mendapat Gred A pada peringkat DVM bagi mata pelajaran
Sains dan Matematik.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Jurutera Marin
• Jurutera Teknologi Pembinaan dan Penyelenggaraan
• Juruukur Marin
• Pegawai QAQC
• Eksekutif Teknikal Pembinaan dan Penyelenggaraan
• Pegawai Operasi Marin
• Pegawai Pelabuhan
• Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
• Perancang Projek
• Jurutera Perolehan
• Jurutera Teknologi Aplikasi
• Pegawai Sains
• Penyelidik

MAKLUMAT LANJUT
Prof. Madya Ts. Dr. Suriani binti Mat Jusoh
Ketua Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian
09-6683716
[email protected]