UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) dengan Kepujian

Program ini memfokuskan kepada pengurusan pelancongan di pulau dan pesisir pantai. Pelajar akan didedahkan mengenai prinsip pengurusan aktiviti pelancongan dan juga tingkah laku pelancong. Menyediakan tenaga kerja mahir dalam pengurusan pelancongan. Menghasilkan siswazah yang mempunyai karektor dan sikap diri yang positif. Siswazah yang mampu mengaplikasi prinsip-prinsip pengurusan di dalam aktiviti pelancongan dan kemahiran kerja yang boleh dipindahkan seperti komunikasi dan penyelesaian masalah.

TEMPOH PENGAJIAN

6 Semester
3 Tahun

Geografi Pelancongan, Geografi Pelancongan, Industri Pelancongan Malaysia, Kemahiran Penulisan Akademik, MICE/Pengurusan acara, Pelancongan Antarabangsa, Pelancongan Budaya Dan Warisan, Pemasaran Pelancongan, Pemasaran Perkhidmatan Pelancongan, Pembangunan Produk Pelancongan, Pengangkutan Pelancongan, Pengenalan Pelancongan, Pengurusan Kaunter Hadapan, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Taman Dan Rekreasi, Penyelidikan Pelancongan, Perancangan Dan Pembangunan Pelanconga Pulau & Pesisir, Perkhidmatan Makanan, Rekreasi Luar Pelancongan, Sistem Penempahan Berkomputer, Undang-Undang Pelancongan Dan Hospitaliti

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM: Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik M di peringkat STPM.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM

LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/Asasi: Matematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;

ATAU

Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Pegawai Pelancongan
• Pengurus Agensi Pelancongan
• Pengurus Hotel / Resort / Taman Tema
• Pengurus Pemasaran & Jualan
• Pengurus Perkhidmatan Pelanggan
• Pengurus Pusat Maklumat Pelanggan
• Pengurus Restoran Perkhidmatan Makanan
• Pengurus /Jurulatih Rekreasi
• Pensyarah / Guru Bidang
• Usahawan Pelancongan

MAKLUMAT LANJUT
Dr. Yusnita binti Yusof
Ketua Program Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Dengan Kepujian
09-6684201
[email protected]