UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian

Program ini merupakan pengajian yang mempunyai kepelbagaian disiplin iaitu pentadbiran awam, pengurusan polisi, sains politik,sosiologi, ekonomi dan pengurusan polisi, sains politik, sosiologi, ekonomi dan pengursan persekitaran. Program ini menyokong pendekatan multidisiplin dalam pengajaran dan pembelajaran untuk melatih pelajar bagi menggubal dan menganalisis polisi. Kepelbagaian kemahiran ini membentuk satu pemikiran kritis dan kreatif sebagai asas untuk diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah sosial masa kini demi mencapai suatu keadaan pembangunan sosial lebih baik di peringkat nasional dan antarabangsa.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Analisis Polisi Awam, Ekonomi Politik, Etika Pengurusan Awam, Hubungan Antarabangsa, Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, Komperstif Dasar Awam, Komuniti Dan Sistem Governan ASEAN, Pembentukan Dasar Awam, Pengantar Dan Falsafah Sains Sosial, Pengantar Sains Politik, Pengenalan Kepada Makroekonomi, Pengenalan Kepada Mikroekonomi, Pengenalan Pengurusan Dasar Awam, Pengenalan Pengurusan Komuniti, Pengurusan Modal Insan, Penilaian Dan Pemantauan Program, Perancangan Dan Pembangunan Ekonomi Malaysia, Polisi Dan Pengurusan Persekitaran Di Malaysia, Statistik Dan Analisis Data, Teori Pentadbiran Awam

LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM : Ekonomi / Geografi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik M di peringkat STPM

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM :

ATAU

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM :

LEPASAN MATRIKULASI/ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang- kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi /Asasi :
• Mathematik / Fizik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;

ATAU

Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Ahli Akademik
• Pegawai Pembangunan Masyarakat
• Pegawai Penguatkuasa
• Pegawai Perhubungan Awam
• Pegawai Tadbir
• Pegawai Tadbir dan Diplomatik
• Penasihat Kerajaan
• Penganalisis Polisi
• Pengurus Sumber Manusia
• Usahawan Sosial

MAKLUMAT LANJUT
Profesor Madya Dr. Rosyidah binti Muhamad
Ketua Program, Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian
09-6684202
[email protected]