UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dengan Kepujian

Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas tentang proses bumi, seperti geologi, geokimia, paleontologi, dan proses fizikal, di lautan, termasuk keadaan terkini teknologi geosains marin yang bertindak sebagai alat untuk menguraikan dan menyelesaikan banyak isu seperti penggunaan sumber asli dan usaha melindungi alam sekitar.

TEMPOH PENGAJIAN

7 Semester
3.5 Tahun

Asas Bumi, Asas Sistem Maklumat Geografi, Geofizik Ekplorasi, Geokimia Marin, Geokronologi dan Stratigrafi, Geologi Malaysia dan Asia Tenggara, Geologi Petroleum, Geomorfologi, Geostatistik dan Analisis Data Geologi, Geotektonik & Struktur, Mineral dan Batuan, Oseanografi Fizikal, Paleontologi, Pengenalan kepada Penderian Jauh, Sains Pesisir Pantai, Sedimentologi, Survei dan Eksplorasi Dasar Lautan

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik T


LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik


LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;


ATAU


Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.


MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk
keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Ahli Geofizik
• Ahli Geologi Penerokaan / Perlombongan
• Ahli Paleontologi
• Kejuruteraan Geoteknik & Penderiaan Jauh
• Pegawai Penyelidik / Sains
• Pendidik / Akademia
• Perunding Geologi / Alam Sekitar
• Saintis Data
• Ukur Tanah / Marin
• Ahli Geologi / Geosains

MAKLUMAT LANJUT
Dr. Khaira binti Ismail
Ketua Program Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dengan Kepujian
09-6683248
[email protected]