UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Gunaan Nanofizik dengan Kepujian

Program Nanofizik merupakan cabang fizik yang berkaitan dengan bahan berskala nano. Pelajar akan diberi pendedahan tentang pengetahuan dan teknologi baharu untuk digunakan dalam pelbagai sektor industri nanoteknologi seperti nanoelektronik, nanosensors, nanofibers, nanomaterials, nanodevices dan banyak lagi. Penerapan pembelajaran berasaskan kerja (3u1i) dalam program ini akan mengintegrasikan pembelajaran teori dan praktikal nanofizik bersama-sama untuk menyediakan graduan mahir yang berdaya saing dan inovatif.

TEMPOH PENGAJIAN

8 Semester
4 Tahun

Fizik Elektrik dan Magnet, Fizik Gelombang dan Optik, Fizik Kuantum, Fizik Marin, Fizik Matematik, Fizik Moden, Fizik Nanobahan, Fizik Terma, Kaedah Berangka dan Fizik Komputasi, Kaedah Penyelidikan Fizik, Matematik, Mekanik Klasik, Pengaturcaraan Asas untuk ahli Fizik, Pengenalan Elektronik, Prinsip Kimia Fizik, Prinsip Kimia Organik, Sains Keadaan Pepejal, Teknik Nanofizik, Teknik Sains Fizik

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Fizik
• Matematik T

LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Fizik
• Matematik
• Asas Kejuruteraan
• Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk
keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

• Ahli Teknologi Perindustrian
• Nanoteknologi
• Pegawai Kawalan Kualiti
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Sains
• Pendidik
• Saintis
• Usahawan

MAKLUMAT LANJUT
Ts. Dr Engku Abd Ghapur Che Engku Ali
Ketua Program Sarjana Muda Sains Nanofizik dengan Kepujian
[email protected]
09-6683187/3615