UMT | Portal Rasmi Universiti Malaysia Terengganu

Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian (Dual Degree)

Teknologi Maritim adalah bidang multidisiplin yang tertumpu pada aplikasi teknologi maju, strategi operasi dan sistem dalam sektor kejuruteraan maritim, pesisir dan luar pesisir. Program ini dijalankan bersama oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) dan ditawarkan untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan dan kepakaran khusus. Secara khusus, graduan program ini akan menerima dua ijazah, satu dari UMT dan satu dari ITS yang menekankan faedah kerjasama antarabangsa. Graduan akan disiapkan untuk menerajui industri perkapalan, pembinaan kapal, minyak dan gas serta agensi kerajaan yang berkaitan dengan sektor maritim sama ada di dalam negara atau antarabangsa.

TEMPOH PENGAJIAN

6 Semester
3 Tahun
di Universiti Malaysia Terengganu


2 Semester
1 Tahun
di Institut Teknologi Sepuluh Nopember

Matematik Kejuruteraan I, Fizik Asas, Mekanik Kejuruteraan, Seni Komunikasi, Reka Bentuk dan Grafik, Integriti dan Anti rasuah, Bengkel Permesinan dan Kimpalan, Matematik Kejuruteraan II, Mekanik Bendalir, Falsafah dan Isu Semasa, Academic Writing Skills, Penghayatan Etika & Peradaban, Asas Keusahawanan, Ko-Kurikulum, Santuni Komuniti, Kejuruteraan Bahan, Prinsip Pengurusan Maritim, Kuasa Bendalir Marin, Mekanik Dinamik, Teknologi Perkapalan dan Pelabuhan, Pengaturcaraan Asas untuk Teknologis, Termodinamik, Teknologi Marin dan Persekitaran, Makmal Teknologi Marin, Kekuatan Bahan, Senibina dan Pembinaan Kapal, Sistem Kejuruteraan Marin, Elektronik dan Instrumentasi Marin, English for Occupational Purposes dan Maritim dan Kejuruteraan Pantai.

LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1)
mata pelajaran di peringkat STPM:
• Mathematics T/ Mathematics M/ Physics 

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Matematik/ Matematik Tambahan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat SPM:
• Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Matematik Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Rekabentuk/ Sains Komputer

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

LEPASAN MATRIKULASI/ ASASI (SAINS/ KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi/Asasi:
• Mathematics/ Biology/ Physics/ Chemistry/ Computer Science/ Basic Engineering/ Civil Engineering/ Electrical & Electronics Engineering/ Mechanical Engineering

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Bagi calon lepasan Diploma/ Setaraf, mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

CATATAN:
• Program Kerjasama secara Ijazah Dual (Dual Degree) antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya, Indonesia.

• Pelajar akan berada di ITS, Surabaya, Indonesia pada Semester 7 dan 8 pengajian dengan kadar yuran yang berbeza dengan kadar semasa berada di UMT pada Semester 1 sehingga Semester 6 (rujuk deskripsi yuran pengajian).

• Teknologis Kejuruteraan Marin
• Pegawai QC
• Pemeriksa Marin
• Pegawai Keselamatan
• Teknologis Kejuruteraan Pembinaan & Penyelenggaraan
• Pegawai Pelabuhan
• Perancang Projek
• Teknologis Kejuruteraan Aplikasi
• Eksekutif Teknikal di Pelabuhan/Kilang Pembinaan Kapal/Industri Marin
• Eksekutif Teknikal/Jualan
• Pendidik/Pensyarah
• Pegawai Pertubuhan Klasifikasi
• Pegawai Operasi Marin
• Jurutera Perolehan
• Pegawai Sains/Penyelidik

MAKLUMAT LANJUT
Dr. Mohammad Fakhratul Ridwan bin Zulkifli
Penyelaras Program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) Dengan Kepujian (Dual Degree)
[email protected]
09-6683305