Bertujuan melahirkan kaunselor yang berkemampuan memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada ahli masyarakat yang memerlukan, merangkumi kaunseling individu, kelompok, pasangan, keluarga, bimbingan serta pelbagai lagi. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran kaunseling dalam sesi individu dan kelompok. Penguasaan kemahiran kaunseling yang cekap membolehkan kaunselor melaksanakan perkhidmatan kaunseling dengan lebih baik dan seterusnya memberikan kesan teraputik kepada klien. Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh kaunselor adalah berlandaskan prinsip etika dalam perkhidmatan menolong.
8 Semester
4 Tahun
Appraisal dalam kaunseling, e-Kaunseling, Isu-isu etika dan perundangan dalam kaunseling, Kaunseling Individu, Kaunseling keluarga, Kaunseling kerjaya, Kaunseling pelbagai budaya, Kaunseling Penyalahgunaana Bahan, Kaunseling Personel, Kemahiran Asas Kaunseling, Kesukarelawan, Makluma perkembangan kerjaya, Makmal Individu, Makmal kelompok, Pengantar Psikologi, Pengenalan pengujian psikologi, Penyelidikan kualitatif, Penyelidikan kuantitatif, Personaliti Individu, Perundingan dalam kaunseling, Psikologi Industri, Psikologi Kesihatan, Psikologi Sosial, Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Tingkah Laku Bilazim
LEPASAN STPM (SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu Komunikatif / Literature in English
• Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab
• Syariah / Usuluddin
• Sejarah
• Geografi
• Ekonomi
• Pengajian Perniagaan
• Perakaunan
• Sains Sukan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik M di peringkat STPM.
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (PERAKAUNAN / SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- dalam DUA (2) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi:
• Matematik
• Fizik
• Ekonomi
• Perakaunan
• Pengurusan Perniagaan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C: Matematik di peringkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E: Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
Lulus ujian dan/atau temuduga yang ditetapkan
LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Mendapat sekurang- kurangnya PNGK / CGPA 2.70 serta memenuhi perkara 2, 3 dan 4 di bawah.
ATAU
Bagi calon lepasan STPM/Matrikulasi bukan tahun semasa, mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut :
• Bahasa Malaysia / Kesusasteraan Melayu / Literature in English
• Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Arab
• Syariah / Usuluddin
• Sejarah
• Geografi
• Mathematics
• Ekonomi
• Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan
• Perakaunan
• Sains Sukan
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: Matematik M
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian Gred C: Matematik pada peringkat SPM
Mendapat sekurang-kurangnya lulus Gred E: Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
Lulus ujian dan / atau temuduga yang ditetapkan
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Agensi Kerajaan: Kaunselor
• Institut Pengajian Tinggi
• Institut Perguruan
• Jabatan Imigresen
• Jabatan Kebajikan Masyarakat
• Jabatan Pembangunan Wanita
• Jabatan Pendidikan
• Jabatan Pertahanan Awam
• Kementerian Dalam Negeri
• Kementerian Kesihatan
• Mahkamah
• PDRM
• Pejabat Agama
• Penjara
• Pusat Serenti
Agensi Swasta: Kaunselor atau Pegawai Sumber Manusia yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling
• Institut Pengurusan Wanita
• Kilang
• Kolej Swasta.
• PEMADAM
• PERTIWI
• Pusat Pengasih Malaysia
• YADIM
• Yayasan AIDS Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Dr. Kamarul bin Md Shah
Ketua Program Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
09-6684198/4431
https://www.fbesd.umt.edu.my