Bidang Pengurusan Operasi Maritim adalah merupakan salah satu cabang pengajian maritim yang menumpu kepada aktiviti-aktiviti dan operasi yang berkaitan dalam bidang maritim dan operasi sokongan kepada industri perkapalan seperti operasi pengurusan kargo ke/dari dalam kapal, menguruskan operasi penyusunan barangan secara pukal di pelabuhan atau di gudang, dan menyelia operasi pergerakan kargo. Pengurusan operasi ini merupakan elemen penting yang menyumbang kepada kelancaran sektor perkhidmatan dalam bidang perdagangan atau perkhidmatan perkapalan dimana mampu meningkatkan pendapatan negara dari segi kawasan tumpuan aktiviti pembangunan ekonomi dan penempatan. Selain itu, pengurusan operasi ini juga menyumbang kepada pendapatan penting negara dari aspek penyediaan perkhidmatan sokongan dalam industri dan aktiviti ekploitasi sumber minyak dan gas asli di Malaysia. Oleh sebab itu, pengurusan operasi yang mapan untuk menyokong industri maritim ini adalah perlu untuk dijanakan dan disampaikan melalui pengajian yang ditawarkan dalam program Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim (Kepujian).
6 Semester
3 Tahun
Kaedah Penyelidikan Maritim, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Komunikasi Maritim, Konvensyen Antarabangsa Maritim, Marine Surveyer, Modul Profesional Industri, Operasi Pelabuhan & Terminal, Operasi Pengangkutan Maritim, Operasi Pergudangan, Pembersihan Tangki Kapal, Pemeriksaan & Amalan Keselamatan, Penghantaran Fred & Amalan Kastam, Pengurusan & Pengoperasian Shipyard, Pengurusan Fleet, Pengurusan Import & Eksport Kargo, Pengurusan Krisis & Risiko Operasi Maritim, Pengurusan Rantaian Bekalan, Pengurusan Strategik Maritim, Perancangan Pengurusan Kapal & Kargo Berbahaya, Prinsip Pengurusan Maritim, Sistem Pengendalian Kargo, Teknik Membuat Keputusan Dalam Operasi Maritim.
LEPASAN STPM (SAINS/SASTERA)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat STPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM :
• Matematik T / Matematik M
ATAU
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Matematik diperingkat SPM.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM .
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN / PERAKAUNAN)
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 pada peringkat Matrikulasi / Asasi.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM: Matematik
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM: Bahasa Inggeris
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM: Matematik
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM: Bahasa Inggeris
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
Agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan:
• Sektor Operasi Pengangkutan & Penyimpanan
• Sektor Pengurusan & Pelaksanaan Peraturan Operasi Kapal Antarabangsa & Klasifikasi
• Sektor Pengurusan Keselamatan Pelabuhan & Kapal-Kapal
• Sektor Pengurusan Maklumat & Komunikasi
• Sektor Pengurusan Operasi Luar Pesisir Pantai
• Sektor Pengurusan Operasi Pelabuhan & Terminal
• Sektor Pengurusan Perancangan Operasi Penghantaran
• Sektor Pengurusan Teknikal & Industri Komersial Maritim
• Sektor Pentadbiran & Khidmat Sokongan
• Sektor Professional, Saintifik & Teknikal
MAKLUMAT LANJUT
Dr. Rudiah Md Hanafiah
Ketua Program Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim (dengan Kepujian)
09-6683874
[email protected]