Akuakultur merupakan salah satu bidang pertanian yang diberi keutamaan di dalam sektor pemakananan di negara ini. Ia menyumbang kepada produktiviti negara dan juga meningkatkan taraf ekonomi penternak-penternak kecil dan usahawan yang menceburi bidang ini. Selaras dengan usaha kerajaan dan swasta yang terus meningkatkan produktiviti melalui perkembangan dan penggunaan teknologi baru dalam sektor ini, maka peluang-peluang pekerjaan di bidang ini terbuka luas dan bertambah dari masa ke semasa
8 Semester
4 Tahun
Biologi Akuatik, Biostatistik Perikanan, Bioteknologi Akuakultur, Ekonomi Akuakultur, Ekosistem Akuakultur, Fisiokimia Sains Hayat, Kejuruteraan Akuakultur, Keselamatan dan Kualiti Makanan Laut, Kultur Invertebrat Akuatik, Kultur Makanan Hidup, Mikrobiologi Persekitaran Akuatik, Pemakanan dan Teknologi Makanan Ikan, Pemprosesan Produk Akuatik, Pengenalan kepada Industri Akuakultur, Pengurusan Kesihatan Ikan, Pengurusan Kualiti Air untuk Akuakultur, Penulisan Saintifik dalam Perikanan, Sistem dan Teknologi Akuakultur, Teknik Pengeluaran Akuakultur, Teknik Penghasilan Benih.
LEPASAN STPM (SAINS)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat STPM:
• Biologi / Fizik / Kimia / Matematik T
LEPASAN MATRIKULASI / ASASI (SAINS / KEJURUTERAAN)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam SATU (1) mata pelajaran di peringkat Matrikulasi / Asasi :
• Biologi
• Fizik
• Kimia
• Matematik
LEPASAN DIPLOMA / SETARAF
Memiliki Diploma dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dalam bidang yang berkaitan dengan kursus yang dipohon;
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
Mendapat sekurang-kurangnya BAND 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau BAND 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
• Pengurus Projek (Awam & Swasta)
• Usahawan Akuakultur
• Pegawai Perunding
• Pegawai Sains
• Saintis
• Pegawai Penyelidik
• Pegawai Perikanan
• Pegawai Alam Sekitar
• Pensyarah
MAKLUMAT LANJUT
Dr. Noordiyana binti Mat Noordin
Ketua Program Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian
[email protected]
09-6684355/5025